Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM Ambilan 2024 Lepasan SPM
KEMASKINI!! PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM ALIRAN TAHFIZ AMBILAN TAHUN 2024 BAGI LEPASAN SPM 2023 | #Syarat Kemasukan Tingkatan Terkini 2024 #Borang Permohonan Tingkatan 6 2024 #Permohonan Tingkatan 6 2024 #
PENGAMBILAN CALON TINGKATAN ENAM TAHFIZ (STPM TAHFIZ) DI SMKA DAN SABK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN TAHUN 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Murid Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk memohon ke Tingkatan Enam Tahfiz (STPM Tahfiz) bagi ambilan Julai 2024 yang ditawarkan di Pusat Tingkatan Enam seperti berikut:
SMK Agama Putrajaya, Putrajaya
SMK Agama Kedah, Kedah
SMK Agama Kerian, Perak
SMK Agama Maahad Muar, Muar, Johor
SMK Agama Tok Bachok, Kelantan
SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan
SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah
SMK Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab, Sarawak
Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman, Terengganu
Permohonan Dibuka mulai;
27 Mei 2024 – 02 Jun 2024
Syarat Permohonan;
https://sst6.moe.gov.my/upload_file/SYARAT%20T6%20SMKA.pdf
Permohonan boleh dibuat melalui portal yang berikut;
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid lepasan
tingkatan lima yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023
untuk memohon ke Tingkatan Enam Tahfiz bagi ambilan Julai 2024 yang
ditawarkan di Pusat Tingkatan Enam seperti berikut:
- SMK Agama Putrajaya, Putrajaya
- SMK Agama Kedah, Kedah
- SMK Agama Kerian, Perak
- SMK Agama Maahad Muar, Muar, Johor
- SMK Agama Tok Bachok, Kelantan
- SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan
- SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah
- SMK Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab, Sarawak
- Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman, Terengganu
- KETERANGAN
1.1 Pelaksanaan Tingkatan Enam Tahfiz ini mengabungkan antara
hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam
tempoh masa selama tiga semester.
1.2 Pengajian tahfiz ini bertujuan melahirkan murid yang mantap hafazan,
mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, dan cemerlang
akhlak serta menyediakan murid ke peringkat pendidikan yang lebih
tinggi seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat
dan negara.
1.3 Kandungan mata pelajaran tahfiz al-Quran yang diperkenalkan di
tingkatan enam tahfiz adalah untuk memantapkan hafazan 30 juzuk
al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asas Maharat Qiraat Ilmi dan Amali
bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah; dan mengaplikasi Maharat al-Rasm,
Dhabt al-Quran dan Fawasil. - SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat yang ditetapkan untuk pengambilan calon adalah seperti yang
berikut :
2.1 Syarat Am
2.1.1 Warganegara Malaysia
2.1.2 Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu.
2.1.3 Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari pada
tahun 2024.
2.2 Syarat Khusus
2.2.1 Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya
gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al-
‘Arabiah al-Mu’asirah/ Al-Adab wa al-Balaghah/ Turath
Bahasa Arab;
2.2.2 Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya
gred C dalam mata pelajaran;
2.2.2.1 Hifz al-Quran/ Maharat al-Quran; atau
2.2.2.2 Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/
Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Usul al-Din/
Al-Syariah/ Manahij al-‘Ulum al-Islamiah/ Turath alQuran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah;
dan
2.2.3 Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk dan diperakui
oleh sekolah atau institusi tahfiz;
2.2.4 Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 semester. - CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
3.1 Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan
melayari laman sesawang https://sst6.moe.gov.my mulai
27 Mei 2024
3.2 Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/
manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil
tindakan dengan menarik balik surat tawaran kemasukan. Maklumat
ini juga akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran
murid.
3.3 Tarikh Tutup Permohonan
2 Jun 2024 (Ahad), Jam : 11.59 Malam - MAKLUMAN DAN PERHATIAN
4.1 Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil
temu duga akan dimaklumkan dilaman sesawang
https://sst6.moe.gov.my
4.2 Calon yang gagal boleh mengemukakan surat rayuan
ke alamat e-mel azman.khairuddin@moe.gov.my bermula
21 Jun hingga 10 Julai 2024.
iNFO Penting Lain :-
- Tarikh Penting Permohonan Kemasukan Pelajar Lepasan SPM/STPM Sesi Akademik 2024/2025
- Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan ke UA/IPTA Lepasan SPM
- Cara Kemaskini Borang Permohonan UPU Online
- Cara Semakan Syarat Permohonan UPU Online
- Cara Mohon Online Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM)