Advertisement

Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam (6) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2023 – KISAS dan SMA Persekutuan Labu


KEMASKINI! PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM (6) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH DAN SMA PERSEKUTUAN LABU TAHUN 2022

Pelajar yang berminat untuk memasuki salah satu daripada 2 SBP ini boleh membuat permohonan sebelum 30 Jun 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pelajar yang berminat untuk memohon adalah seperti:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  3. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya gred C.
  4. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Arab sekurang-kurangnya gred C.
  5. Memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/Pendidikan Syari’ah  Islamiah/Pendidikan  Al-Quran dan Al-Sunnah/Usul Al-Din/ Al-Syariah/Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/Turath Dirasat Islamiah.
  6. Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk 3 mata pelajaran terbaik.
  7. Umur calon tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.

Tatacara Permohonan

Permohonan kemasukan Tingkatan 6 SBP ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut:

  1. Klik link permohonan berikut Di Sini
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan tersebut.

Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak sekolah Kolej Sultan Alam Shah dan SMA Persekutuan Labu dan surat tawaran kemasukan akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui email yang diberikan.

Rayuan Kemasukan

Jika pemohon mendapat status gagal dalam permohonan, mereka boleh mengemukakan surat rayuan kepada pihak KPM.

Surat rayuan tersebut mestilah dihantar melalui email ke alamat pengarah.bpsbp@moe.gov.my bermula 4 Julai 2022 hingga 18 Julai 2022.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 SBP KISAS dan SMAP Labu, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-8321 7400 atau emel ke pengarah.bpsbp@moe.gov.my.

iNFO Penting Lain :-

Advertisement


Leave a Comment