Advertisement

Permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pengajian ke IPT


DERMASISWA ZAKAT IPT

Assalamualaikum warahmatullah,

Co-opbank Pertama (CBP) diamanahkan untuk menggunakan sumber Dana WAKALAH ZAKAT daripada PPZ MAIWP dan Zakat Pulau Pinang dengan penuh takzim mempelawa mahasiswa yang layak masih dalam pengajian tinggi di IPTA/IPTS bagi memohon dermasiswa zakat IPT yang berjumlah RM 5,000 (sekali bantuan sahaja).

Terma dan syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

(1) Tidak ada menerima apa-apa bantuan kewangan daripada pihak lain (Biasiswa / Dermasiswa / Bantuan Zakat / Bantuan Kewangan Pelajaran Negeri / Pinjaman Pendidikan) daripada (JPA / Yayasan Negeri / PTPTN / dan lain-lain pihak).

(2) Jumlah pendapatan isi rumah hendaklah di dalam kategori B40 (Bawah RM 4,850) asnaf fakir dan asnaf miskin akan diutamakan. Walaubagaimanapun, pendapatan isirumah kategori M40 (Bawah RM 10,970) boleh memohon sebagai asnaf fisabilillah.

(3) Sumbangan atas kecemerlangan pengajian tinggi ini adalah bersifat sekali sahaja “One-off” dengan pembuktian dokumen kecemerlangan yang disahkan oleh pihak universiti.

(4) Keluarga mempunyai ramai tanggungan dan tidak mempunyai harta simpanan (harta boleh cair) tidak melebihi nilai nisab RM25,000 setahun.

(5) Mahasiswa MUSLIM (beragama Islam) sahaja yang layak memohon dan bumiputera Muslim diutamakan.

(6) Semua dokumen bukti yang dihantar kepada CBP disahkan oleh pihak universiti.

(7) Mahasiswa yang dalam pengajian peringkat Matrikulasi / ASASI / Diploma / Ijazah Sarjana Muda sahaja yang layak memohon.

(8) Pencapaian CGPA terkini hendaklah tidak kurang daripada CGPA 3.0

(9) Bidang Pengajian dalam Kewangan Islam, Ekonomi Islam, Pengajian Islam, Bidang Perubatan, Sains dan Teknologi serta Kejuruteraan adalah keutamaan. Bidang lain-lain boleh memohon tertakluk kepada budibicara mutlak CBP.

(10) Tertakluk kepada keputusan temuduga dan budibicara penuh CBP serta tidak boleh dibuat rayuan dan adalah muktamad.

(11) Telah membuka akaun simpanan di CBP dan melepasi verifikasi maklumat pelanggan.

Tarikh Permohonan: 1 May 2024 – 15 Jun 2024

Jika tiada bayaran diterima selepas 30 Julai 2024, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Setiap permohonan hendaklah melengkapkan borang pengistiharan pendapatan isi rumah dan memuatnaik pada Seksyen C.

PERTANYAAN LANJUT: Sila hubungi 03-26937650 (Unit Zakat Wakaf dan Infaq) atau emel uzwi@cbp.com.my

Penafian: Program ini adalah urusan yang dilakukan sepenuhnya oleh pihak CBP menggunakan dana WAKALAH ZAKAT daripada pihak PPZ-MAIWP dan ZPP. Sila berurusan dengan pihak CBP sepenuhnya tanpa merujuk kepada pusat zakat.

Co-opbank Pertama Berhad dengan Kerjasama Pusat Pungutan Zakat Maiwp (PPZ-MAIWP) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan penuh takzim mempelawa semua mahasiswa yang menuntut di IPTA/IPTS dengan status pengajian cemerlang mendapat skor CGPA 3.0 keatas bagi memohonon dermasiswa zakat IPT yang berjumlah RM 5,000.

Jumlah pendapatan isi rumah hendaklah di dalam lingkungan B40 (Bawah RM 4,850) sehingga M40 (Bawah RM 10,970).

Sumbangan atas kecemerlangan pengajian tinggi ini adalah bersifat “One-off” dengan pembuktian dokumen kecemerlangan.

Tarikh Permohonan: 1 May 2024 – 15 Jun 2024
Jika tiada bayaran diterima selepas 30 Julai 2024, permohonan anda dianggap tidak berjaya. Pemohon hendaklah membuka akaun simpanan Salam Co-opbank Pertama di cawangan yang berhampiran bagi permohonan ini.

Sila klik pautan dibawah untuk membuat permohonan :-

https://bit.ly/dermasiswaCBP

Mohon Sekarang!!

Advertisement


Leave a Comment