Advertisement

Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir & Jordan) Tahun 2024


PELAWAAN PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH MESIR DAN JORDAN BAGI SESI KEMASUKAN TAHUN 2024 

PENGUMUMAN :

Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Maghribi) bagi Sesi Kemasukan Tahun 2024 dibuka pada 8.00 pagi, 24 Mei 2024 hingga 11.59 malam, 30 Mei 2024. Permohonan boleh dikemukakan Sini.

PERMOHONAN MENGIKUTI PENGAJIAN
KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MESIR SESI 2024/2025

  1. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia mempelawa pelajar yang
    berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir dalam
    Program Ijazah Sarjana Muda bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi,
    Pengajian Islam dan Qiraat.
  2. KPT hanya memproses permohonan pelajar melalui e-Timur Tengah dan
    menguruskan pendaftaran pelajar di institusi pengajian di Mesir. Segala kos
    yuran pengajian dan kos kehidupan pelajar adalah ditanggung dan diuruskan
    sendiri oleh pelajar.
  3. KPT tidak melantik atau menggunakan mana-mana orang perseorangan
    atau syarikat atau ejen bagi urusan permohonan dan penempatan serta
    logistik pelajar ke Mesir.

SYARAT KE MESIR

SENARAI KURSUS DI JORDAN

PANDUAN PERMOHONAN KE MESIR DAN JORDAN

Permohonan adalah secara dalam talian di pautan
https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/ Pada 4 Jun 2024 sehingga 28 Jun 2024

Advertisement


Leave a Comment