Permohonan dan Semakan Keputusan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026
Kemaskini! SPermohonan Kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi 2025/2026

Permohonan Matrikulasi KPM Fasa 1 2025/2026 Online (Syarat Kemasukan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program Matrikulasi termasuk syarat kemasukan dan jurusan yang ditawarkan:
Tarikh Penting Kemasukan Matrikulasi Sesi 2025/2026
◼️ Tarikh Permohonan Fasa 1: 1 Disember 2024 – 28 Februari 2025
◼️ Tarikh Permohonan Fasa 2: 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan
◼️ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://matrikulasi.moe.gov.my
Jurusan Yang Ditawarkan di Matrikulasi
Program Matrikulasi KPM ini mempunyai 5 jurusan iaitu:
1. Jurusan Sains
2. Jurusan Kejuruteraan
3. Jurusan Perakaunan
4. Jurusan Perakaunan Profesional
5. Jurusan Sains Komputer
Mulai sesi 2025/2026, Pelajar boleh memohon mengikuti Jurusan Sains Komputer di Program Matrikulasi. Bagi pelajar tahfiz SPM 2024, mata pelajaran Hifz al-Quran turut dilaksanakan mulai 2025.
Senarai Matrikulasi di Seluruh Malaysia
KLIK 👉 https://www.moe.gov.my/senarai-matrikulasi
Cara Permohonan Matrikulasi KPM 2025/2026 Online
1. Layari Portal Rasmi Matrikulasi KPM secara online menerusi pautan di https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/logmasuk_pengguna.cfm.
2. Klik pada butang “Daftar Kali Pertama” untuk membuat permohonan secara online.
3. Isikan maklumat borang permohonan yang diminta dengan lengkap dan betul.
4. Log masuk semula menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.
5. Klik pada butang “Masuk”.
6. Seterusnya, isikan maklumat permohonan yang diperlukan sehingga selesai.
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:
- Kurikulum pengajian Program Matrikulasi disemak sekurang-kurangnya tiga (3) tahun atau mengikut keperluan semasa.
- Keputusan peperiksaan diserahkan kepada pelajar tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh akhir peperiksaan.
- Transkrip peperiksaan dikeluarkan tiga puluh (30) hari bekerja selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Kolej Matrikulasi menerima surat tawaran dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja sebelum tarikh pelajar mendaftar.
- Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (Bagi dokumen yang lengkap).
- Maklum balas awal aduan pelanggan diberikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
SENARAI MATRIKULASI
Institusi / Alamat | Telefon / Faks | E-mel / Laman Web |
Kolej Matrikulasi Melaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 78300 Masjid Tanah, Melaka. | Tel:06-3832000 Faks:06-3847190 | E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. | Tel:06-4841825 Faks:06-4841821 | E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kementerian Pendidikan Malaysia, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. | Tel:04-5756090 Faks:04-5757389 | E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Perlis Kementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau, Perlis. | Tel:04-9868613, 04-9868614, 04-9868615, 04-9868616 Faks:04-9868542, 04-9868543 | E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81735, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan. | Tel:087-465311, 087-465314 Faks:087-466500 | E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor. | Tel:06-9781613 Faks:06-9781595 | E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Perak Kementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng, Perak. | Tel:05-3594449, 05-3594600 Faks:05-3594412, 05-3594413 | E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah. | Tel:04-9286100 Faks:04-9242186 | E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang, Pahang. | Tel:09-5495000 Faks:09-5499612, 09-5498996 | E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah. | Tel:04-4682508 Faks:04-4682281 | E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26400 Bandar Jengka, Pahang. | Tel:09-4677103 Faks:09-4677102 | Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor. | Tel:07-6881629, 07-6881630 Faks:07-6881631, 07-6882720 | E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia, Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor. | Tel:03-31201410 Faks:03-31201372 | E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kelantan Kementerian Pendidikan Malaysia, Beg Berkunci No. 3, 16810 Selising, Kelantan. | Tel:09-7808000 Faks:09-7808080 | E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak. | Tel:082-439100 Faks:082-433108 | E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my |
Kolej MARA Kulim Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah. | Tel:04-4906422 Faks:04-4906426 | E-mel:info[@]kmkulim.edu.my Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my |
Kolej MARA Kuala Nerang Lot 556, Daerah Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah. | Tel:04-7867250, 04-7867255 Faks:04-7867254 | E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my Laman Web:http://www.kmkn.edu.my |
iNFO Penting Lain :-
- Tarikh Penting Permohonan Kemasukan Pelajar Lepasan SPM/STPM Sesi Akademik 2021/2022
- Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan ke UA/IPTA Lepasan SPM
- Cara Kemaskini Borang Permohonan UPU Online
- Cara Semakan Syarat Permohonan UPU Online
- Cara Mohon Online Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM)
