Advertisement

Permohonan Matrikulasi 2022/2023 Di Buka Semula | Cara Mohon dan Video Manual Permohonan Disertakan


Kemaskini! Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM bagi Tahun 2022 Dibuka Semula Untuk calon yang belum pernah memohon. #Permohonan Semula Matrikulasi 2022 #Syarat Kemasukan Matrikulasi

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang ingin menyambung pengajian mereka ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini boleh membuat permohonan kemasukan bagi Tahun 2022/2023.

Kemaskini! Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM bagi Tahun 2022 Dibuka Bermula 1 Jun 2022 hingga 20 Jun 2022

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang ingin menyambung pengajian mereka ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini boleh membuat permohonan kemasukan bagi Tahun 2022/2023.

Oleh itu, pelajar lepasan SPM 2021 yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian di

=>  https://matrikulasi.moe.gov.my/ 

Apakah Program Matrikulasi KPM?

Program Matrikulasi KPM ini juga biasa digelar disebagai ‘Matrix’ dan ia terbahagi kepada 2 iaitu :

  • Program Satu Tahun
  • Program Dua Tahun

Program ini mempunyai 4 jurusan iaitu

  • Sains Hayat
  • Sains Fizikal
  • Perakaunan
  • Teknikal

*Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah.

Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati.

Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Kelebihan Matrikulasi

Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.

Antara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:

Kelebihan :

  • Memperoleh elaun daripada kerajaan
  • Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
  • Tempoh pembelajaran yang singkat
  • Memperoleh penerpaan soft skill

Risiko :

  • Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
  • Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
  • Wajib mengambil MUET
  • Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam

Anggaran Yuran

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester.

Cara Permohonan

Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my

Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM 2022 / 2023

Permohonan akan dibuka pada – 1 jun hingga 20 Jun 2022

Tarikh Semakan Keputusan / Rayuan

  • Kemaskini Permohonan / baharu (Jun 2022)
  • Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (Julai 2022)
  • Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2022)
  • Keputusan (Julai 2022).
  • Semakan tawaran fasa 2 (Ogos 2022)

Berikut Disertakan Video Cara Permohonan yang disediakan oleh Channel Youtube Jom Masuk Matriks


Aliran/Jurusan Ditawarkan

Pelajar aliran atau jurusan berikut layak untuk memohon kemasukan ke Program Matrikulasi KPM:

  • Perakaunan Professional
  • Perakaunan
  • Kejuruteraan
  • Sains

Siapa Layak Memohon?

Untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan Perakaunan Professional, Perakaunan, dan Sains, pelajar-pelajar lepasan sekolah berikut layak memohon:

  • Sekolah Kerajaan
  • Sekolah Bantuan Kerajaan
  • Sekolah Swasta
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan kejuruteraan, pelajar-pelajar lepasan sekolah boleh membuat permohonan:

  • Sekolah Kerajaan
  • Sekolah Bantuan Kerajaan
  • Sekolah Swasta
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
  • Sekolah Teknik

Senarai Matrikulasi

Pelajar yang layak akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan/aliran yang ditawarkan:

Kolej MatrikulasiAliran/Jurusan
Kolej Matrikulasi MelakaPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PerlisPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi LabuanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi JohorPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PerakPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi KedahPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PahangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraan
Kolej Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi KelantanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi SarawakPerakaunan, Sains
Kolej MARA KulimPerakaunan, Sains
Kolej MARA Kuala NerangPerakaunan, Sains

Peluang Menyambung Pengajian

Bagi pelajar Perakaunan, Kejuruteraan, dan Sains yang menyambung pengajian mereka dalam Program Matrikulasi KPM, mereka berpeluang untuk menyambung pengajian mereka selepas itu ke:

  • Universiti Awam-Malaysia
  • Universiti Luar Negara-United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun
  • Universiti Swasta-Malaysia

Untuk pelajar bidang Perakaunan Professional pula, mereka boleh menyambung pengajian selepas itu ke:

  • UiTM- Professional Association of Chartered Certified Accountant (ACCA)

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan kemasukan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan angka giliran SPM dan seterusnya klik butang ‘Cari.’
  5. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Daftar.’
  6. Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  7. Isi maklumat dengan betul dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  8. Pada paparan akhir, klik butang ‘Hantar Permohonan.’
  9. Cetak borang permohonan untuk simpanan.

Baca Juga : Cara Semakan Keputusan Matrikulasi KPM bagi Sesi 2022/2023

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM ditalian 03-8884 4083 atau menghantar email ke info.matrikulasi@moe.gov.my 

#Permohonan Semula Matrikulasi 2022 #Syarat Kemasukan Matrikulasi

iNFO Penting Lain :-

Advertisement


Leave a Comment