Advertisement

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Lepasan SPM dan STAM Tahun 2024


Kemaskini Permohonan IPG PISMP 2024 Online (Lepasan SPM & STAM). Semakan Syarat Kelayakan dan Status Kelulusan.

Semakan layak temu duga dan ujian kecergasan fizikal (UKF) PISMP 2024 (Bagi kemasukan lepasan SPM & STAM) pada 13 Jun 2024 bermula pukul 5:00 petang. Terima kasih dan harap maklum.

Link semakan: https://pismp.moe.gov.my

[PENGUMUMAN KEPUTUSAN PANGGILAN MENDUDUKI E-UKCG BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) AMBILAN 2024]

Keputusan Panggilan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2024 boleh disemak menerusi pautan;

SEMAKAN ONLINE DI SINI : https://ukcg.moe.gov.my/ismp/

 6 Jun 2024 (Khamis)
 Jam 3:00 petang


Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi kemaskini permohonan IPG PISMP bagi Lepasan SPM dan STAM:

Tarikh Penting Kemaskini Permohonan PISMP 2024

◾Tarikh Kemaskini Permohonan: 27 – 31 Mei 2024
◾Aplikasi Kemaskini Permohonan: 

KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my/index.cfm

Cara Kemaskini Permohonan IPG 2024/2025 Online

Berikut dikongsikan cara kemaskini permohonan PISMP IPG sesi 2024 secara online:

1. Pemohon diminta layari ke Aplikasi  Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my/index.cfm

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.

3. Klik pada butang “Log Masuk”.

4. Anda boleh buat kemaskini/menukar pilihan bidang yang telah dimohon.

Siapa Yang Boleh Mengemaskini Permohonan PISMP?

1. Calon Lepasan SPM dan STAM yang telah membuat permohonan PISMP 2024.

2. Calon yang telah menduduki e-UKCG.

3. Calon yang ingin menukar pilihan bidang yang telah dimohon.

Tarikh Penting Permohonan PISMP 2024/2025

Tarikh-tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2024 adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan IPG PISMP, sila hubungi di:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1

63000  CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon: 03-8312 6731 / 6768 / 6760 / 6733 / 6693 (Isnin-Jumaat: Jam 8.00 pagi – 5.00 petang)

MOHON SEKARANG!

Advertisement


Leave a Comment