Advertisement

Permohonan dan Cara Tebus Baucar Buku Madani RM100 Tahun 2024


Kemaskini! Cara Mohon Baucar Buku MADANI RM100 2024, Cara Tebus Baucar Buku Madani, Cara Daftar DELIMA, Syarat Mohon Baucar Buku Madani. Semakan Status Kelulusan Baucar Buku.

Kerajaan MADANI mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada murid sekolah rendah bermula pelajar Tahun 4, pelajar sekolah menengah dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

BAUCAR BUKU RM100

Kategori 1
•Lepasan SPM & Ting.6 juga boleh mendapatkan baucar RM100
•ID MOE / ID Delima boleh diperolehi daripada guru kelas
•Link: https://d2.delima.edu.my/student

Kategori 2
• Bagi Fasa 1, hanya 50,000 baucar akan dijana bagi menyokong pembelian di PBAKL & Book Capital.
• Mekanisme & Platform yang bakal diguna bagi Fasa 2 akan diberitahu kelak
https://great.mohe.gov.my

Tarikh Penebusan Baucar Buku 2024

Baucar tersebut boleh digunakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 mulai jam 2.00 petang esok, Jumaat, 31 Mei 2024.

Kelayakan

Pemberian baucar ini akan melibatkan pelajar sekolah rendah bermula dari Tahun Empat hingga ke sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Jumlah Baucar

Jumlah baucar yang diumumkan oleh Kerajaan Madani adalah RM50 bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6, manakala bagi murid Sekolah Menengah, pelajar IPT dan IPGM masing-masing berjumlah RM100.

Cara Penebusan Baucar Buku

I) PENEBUSAN BAGI MURID SEKOLAH

Pemberian baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.
2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
6. Proses selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Baucar Buku RM100 ini, sila ikuti laman web rasmi / Facebook PBAKL , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan.

Advertisement


Leave a Comment