Advertisement

Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Yayasan Terengganu


Untuk pengetahuan, Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri pendidikan di negeri tersebut menerusi pembangunan modal insan.

Salah satu inisiatif yang diwujudkan oleh Yayasan Terengganu ialah memperkenalkan SPC bagi menghargai pelajar anak Terengganu yang cemerlang dan berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.

Oleh itu, pelajar yang berminat untuk memohon skim ini boleh membuat permohonan mulai 16 Jun sehingga 26 Jun secara atas talian.

Bidang Layak Memohon

Pelajar yang menyambung pengajian kursus Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA) dalam pelbagai bidang adalah layak untuk memohon

Syarat Umum

Pemohon yang berminat untuk memohon SPC perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  3. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  4. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon telah mendapat tempat/tawaran di Universiti Awam (UA) dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  2. Pemohon telah lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas atau setaraf) di peringkat persediaan (Matrikulasi/Asasi) atau Diploma DAN memperolehi Gred B+ dalam sekurang-kurangnya 8 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat peperiksaan SPM; atau
  3. Pemohon telah lulus cemerlang dalam Peperiksaan STPM/STAM (CGPA3.75 ke atas atau Mumtaz) dan sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat peperiksaan SPM.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin membuat permohonan boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ytklik.terengganu.gov.my/ atau http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Akaun.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan serta klik butang ‘Log Masuk.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Pemohon diingatkan bahawa penawaran SPC kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan dan Transformasi Pendidikan serta Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Ujian Bertulis & Temu Duga

Pemohon yang layak akan dihubungi melalui emel masing-masing untuk menduduki ujian bertulis dan/atau menghantar satu persembahan video pada satu tarikh yang akan ditetapkan

Hanya pemohon yang telah menduduki ujian bertulis dan/atau menghantar persembahan video sahaja akan disenarai pendek sesi Temuduga yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai SPC, pemohon boleh menghubungi pihak Yayasan Terengganu di talian09-6221733.

Advertisement


Leave a Comment