Advertisement

Permohonan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor 2022


Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi kini lebih mudah apabila permohonan boleh dilakukan di Portal Pendidkan Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Melalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf yang berdaftar dengan MAIS dapat membuat permohonan dimana-mana sahaja dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar mereka.

Bantuan Dermasiswa Yang Ditawarkan

Pemohon yang layak akan menerima bantuan dermasiswa seperti berikut:

  • Surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian)
  • Bantuan Persediaan Masuk IPT
  • Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) merangkumi:
    – Wang saku
    – Penginapan
    – Elaun buku

IPT Layak Memohon

Pemohon yang menyambung pengajian di IPT berikut layak untuk memohon:

  • Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
  • Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)
  • Projek Khas Kemahiran Kerjaya
  • Institusi Khas Muallaf

Bagi ILKA, hanya pelajar ILKA dalam senarai berikut layak untuk memohon:

  • ADTEC-Pusat Latihan Teknologi Tinggi
  • CIAST-Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan
  • IKBN-Institut Kemahiran Belia Negara
  • ILP-Institut Latihan Perindustrian
  • Institut Kemahiran Baitulmal MAWIP
  • GIAT-Giatmara/Pusat Giatmara
  • KKTM-Kolej Kemahiran Tinggi Mara
  • IKM-Institut Kemahiran Mara
  • Kolej Komuniti
  • Kolej Vokasional

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi perlu memenuhi syarat permohonan iaitu:

  1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
  2. Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
  3. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi.

Cara Memohon

Cara-cara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/.
  2. Klik butang ‘Mohon Bantuan Pendidikan Di Sini.’
  3. Bagi pemohon yang telah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan, kata laluan, dan captcha.
  4. Bagi yang berlum mendaftar, klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
  5. Masukkan no kad pendaftaran dan kata laluan diikuti dengan klik butang ‘Masuk.’
  6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan, kata laluan, dan captcha.
  7. Setelah masuk, isi borang online yang dipaparkan.
  8. Klik bahagian permohonan dan isi maklumat yang diperlukan.
  9. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  10. Hantar permohonan setelah semuanya selesai.
  11. Semak status permohonan selepas 6 hari bekerja.
  12. Jika berjaya, cetak surat bantuan dermasiswa tersebut dan boleh mendaftar di Pusat Pengajian sebagai pelajar tajaan Lembaga Zakat Selangor.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Surat Tawaran
  2. Penyata Akaun Bank
  3. Struktur Yuran Pengajian

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan dermasiswa ini, sila hubungi talian Zakat Selangor ditalian 1-300-88-4343

Advertisement


Leave a Comment