Advertisement

Permohonan Program Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA Ke Universiti Terbaik Dunia (WTU) 2022


KEMASKINI! PROGRAM PINJAMAN PELAJARAN MARA KE UNIVERSITI TERBAIK DUNIA 2021 #Cara Mohon Pinjaman Pelajaran MARA 2021 #Biasiswa Tajaan MARA #Program Oversea MARA #MARA Oversea Scholarship 2021 #Semakan Tajaan MARA 2021

WORLD’S TOP UNIVERSITIES PROGRAMME (WTU) 2021

MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia.

Program ini bertujuan melahirkan bakal pemacu ekonomi professional dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

2.0 SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

2.1 Syarat Umum

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa bertaraf Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2021: Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda – Had Umur Tidak melebihi 30 tahun
  • Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat yang dimohon.
  • Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsy, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah serta tiada rekod masalah mental.
  • Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  • Pemohon, Ibu, Bapa dan Penjaga TIDAK di senarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh MARA.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, tindakan undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institusi pengajian atas masalah akademik dan disiplin.
  • Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai peletakan jawatan daripada majikan.

2.2 Syarat Khusus

  • Terbuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran daripada universiti atau sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia seperti senarai Lampiran 1
  • Bidang atau kursus yang diambil mestilah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Badan-badan Profesional di Malaysia. Bidang perubatan dan pergigian tidak termasuk di dalam program WTU.
  • Pendapatan keluarga (Ibu dan ayah/ penjaga) tidak melebihi RM60,000 sebulan ATAU tidak melebihi RM600,000 pendapatan bercukai tahunan.
  • Syarat kelayakan akademik mengikut peringkat adalah seperti berikut:

Peringkat – Ijazah Sarjana Muda

Luar Negara –

  • International Baccalaureate (IB) : 35/45 pt
  • A-Level : 13/15 pt
  • Foundation/Asasi/Matrikulasi/Diploma : CGPA 3.6/4.0
  • IELTS: BAND 6.5 @ TOEFL: 100/120 @ SAT: 1200/1600

3.0 TEMPOH PINJAMAN
Tempoh pinjaman bagi pelajar baharu adalah berdasarkan tempoh pengajian sebenar manakala bagi pelajar sedia ada tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun.

4.0 PERMOHONAN
– Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 14 Jun sehingga 27 Jun 2021.
-Permohonan yang disenarai pendek sahaja akan dimaklum (melalui emel
/sms) untuk menduduki ujian penilaian.
– Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA
selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak
berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Muat turun GARIS PANDUAN PERMOHONANKLIK SINI

InfoGrafikKLIK SINI

PERMOHONAN DALAM TALIANKLIK SINI

5.0 PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
Emel : wtu@mara.gov.my
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

iNFO Penting Lain :-

Advertisement


Leave a Comment