Permohonan Jawatan Guru DG41 | Pengambilan Khas 18,702 Guru Secara One-Off pada 7 Julai 2021 mySPP – KPM


KEMASKINI! IKLAN PENGAMBILAN KHAS GURU DG41. Iklan akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021. #Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 #Gred Gaji Guru DG41 #Senarai Tugas Guru DG41 #Skop Kerja DG41 #MyPorfolio Guru DG41 #Cara Mohon Guru DG41 Iklan SPP 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off’ untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal membuat pengambilan khas secara one-off melibatkan sejumlah 18,702 guru bagi gred DG41 yang turut dibuka kepada graduan bukan bidang pendidikan bagi mengatasi isu kekurangan guru di negara ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, berkata, langkah itu merupakan sebahagian usaha bagi mencapai perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Beliau berkata, pengambilan tersebut akan memberi tumpuan menampung kekurangan guru di Sarawak, Sabah, Selangor dan Johor bagi memenuhi keperluan untuk mengajar mata pelajaran tertentu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya akan mengeluarkan iklan tawaran pada 7 Julai ini dan penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober.

Iklan Pengambilan Guru Secara One-Off Mulai 7 Julai 2021

Beliau menjelaskan, ia merupakan pengambilan guru yang paling terbesar untuk setakat ini.
Dalam sidang media berkenaan juga dimaklumkan antara mata pelajaran dengan kekurangan guru tertinggi adalah seperti berikut:

Sekolah Rendah

• Bahasa Inggeris • Sejarah
• Pendidikan Khas
• Pendidikan Agama Islam
• Teknologi Maklumat & Komunikasi

Sekolah Menengah

• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Pendidikan Khas
• Pendidikan Agama Islam
• Reka Bentuk & Teknologi

Sementara itu, negeri dengan jumlah kekosongan guru tertinggi bagi tahun terkini 2021 adalah:

  • • Sabah
  • • Sarawak
    • Johor
    • Selangor

“Dalam memastikan ia menjadi kenyataan, insya-Allah Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan perancangan ia lebih teratur dengan pendekatan baharu dibuat kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Pengambilan ini bertujuan untuk mengurangkan jurang kekurangan guru dan mata pelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru,” katanya dalam sidang akhbar hari ini

Bagi yang ingin membuat permohonan, sila buat pendaftaran melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), iaitu badan yang bertanggungjawab membuat pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran seperti guru dan pensyarah.

Maklumat Lanjut & Pendaftaran SPP

UNTUK PANDUAN LANGKAH-LANGKAH CARA PENDAFTARAN mySPP boleh KLIK SINI

Bagi pertanyaan atau aduan selain daripada yang dinyatakan di atas, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP mulai tarikh jawatan dibuka iaitu 7 Julai 2021

Talian Hotline mySPP :
• Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
• Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
• Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://spp.spab.gov.my/

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia
Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,Lebuh Perdana Timur, Presint 1,62000 Putrajaya• Tel : 03-8000 8000• Faks : 03-8871 7499• E-mel : [email protected]

iNFO Penting Lain :-

Advertisement


Leave a Comment