Advertisement

Permohonan Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) MARA 2024


PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA | YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP) – Untuk Lepasan SPM

YTP adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2023.

Program ini diperkenalkan untuk pelajar menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran

berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2023 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Proses Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA.

Pembukaan Permohonan

Permohonan kebiasaannya akan mula dibuka selama 15 hari bermula hari pengumuman keputusan SPM pada setiap tahun.

Syarat Umum

Syarat umum bagi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 tidak melebihi 20 tahun.
  3. Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  4. Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis.
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  6. Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian. Pengesahan tahap kesihatan perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran YTP.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus:

  1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2023.
  2. Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan program yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih.
  3. Proses temuduga hanya melibatkan kursus laluan luar negara dan kursus tertentu dalam negara. Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temuduga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal disenarai pendek menghadiri temuduga.
  4. Sebarang hebahan berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui email.

Tatacara Permohonan

Permohonan program ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://educationloan.mara.gov.my.
  2. Klik butang “Pengguna Baharu.”
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang “Teruskan”
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan berikut:
    -Maklumat peribadi dan keluarga
    – Cadangan Pengajian
    – Ujian Kelayakan
    – Perakuan keterangan
  6. Klik butang hantar permohonan.

Young Talent Development Programme (YTP)

>>> Garis Panduan Permohonan

 >>> Syarat Kelayakan Program 

 >>> Soalan Lazim

 >>> Panduan Permohonan

 >>> Pautan Permohonan Atas Talian

 >>> Manual Sistem

* Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 27 Mei sehingga 10 Jun 2024>>> Application Guidelines
>>> Program Requirements ( pdf / infographic )
>>> Frequently Asked Questions (FAQ)
>>> Application Guide
>>> System User Manual
>>> Online ApplicationMOHON SEKARANG!

Read :  Full SPM/STPM Scholarships 2024 – Click Here

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai YTP 2024, sila layari kemukakan perkara tersebut melalui emel ytp@mara.gov.my.

Advertisement


Leave a Comment