Advertisement

Permohonan Biasiswa Tingkatan 1 Yayasan Selangor


Yayasan Selangor (YS) akan membuka permohonan bagi Tingkatan 1 2022 bermula 3 Januari 2023 untuk Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Untuk makluman, RKPYS adalah program bersama antara KPM dan YS bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor.

Tujuan prorgram ini diwujudkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar miskin di Selangor tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran yang terbaik kepada mereka.

Murid-murid yang terpilih akan diberikan biasiswa selain bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar yang terlatih.

Penempatan Asrama

Murid tajaan program ini akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan juga Asrama Pusat Yayasan Selangor.

i) Asrama Pengurusan Yayasan Selangor

Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:

  • Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
  • Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
AsramaNama SekolahJantina
AYSSBSMK Ungku Aziz, Sabak BernamLelaki
AYSKSMK Tinggi Klang, KlangLelaki
AYSKSMK Tengku Ampuan Rahimah, KlangLelaki/
Perempuan
AYSKSMK (P) Methodist, KlangPerempuan
AYSKSMK Convent, KlangPerempuan
AYSKSMK Methodist ACS, KlangLelaki
AYSKSMK (P) Bukit Kuda, KlangPerempuan

ii) Asrama Daerah Yayasan Selangor

AsramaNama SekolahJantina
Sabak BernamSMK Ungku Aziz, Sabak BernamPerempuan
Sabak BernamSMK Sungai BesarLelaki/Perempuan
Sabak BernamSMK Dato’ Mustaffa, SekinchanPerempuan
Kuala SelangorSMK Dato’ Harun, Tanjong KarangLelaki/Perempuan
Kuala SelangorSMK Pengkalan PermatangLelaki/Perempuan
Hulu SelangorSMK Kuala Kubu BharuLelaki/Perempuan
PetalingSMK Damansara UtamaLelaki/Perempuan
PetalingSMK Shah AlamLelaki/Perempuan
Hulu LangatSMK Tinggi KajangLelaki
Hulu LangatSMK Sultan Abdul Aziz Shah, KajangLelaki/Perempuan
Hulu LangatSMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama)Perempuan
Kuala LangatSMK Telok Panglima GarangLelaki/Perempuan
Kuala LangatSMK BantingLelaki/Perempuan
Kuala LangatSMK Bukit ChanggangLelaki/Perempuan
SepangSMK Seri SepangLelaki/Perempuan
W.P Kuala LumpurSMK VictoriaLelaki

iii) Tanpa Asrama (Berulang dari rumah)

NegeriNama SekolahJantina
SelangorSMK (P) Sri Aman, Petaling JayaPerempuan
SelangorSMK (P) Assunta, Petaling JayaPerempuan
SelangorSMK (L) Bukit Bintang, Petaling JayaLelaki
W.P Kuala LumpurSMK Aminuddin BakiLelaki/Perempuan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
  2. Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar
  3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun
  4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
  5. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  6. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan RKPYS ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://sm.yselangor.com/smpysv2/.
  2. Klik butang ‘Permohonan Baru.’
  3. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen permohonan dengan lengkap.
  5. Cetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar di alamat:

    Bahagian Hal Ehwal Pelajar
    Yayasan Selangor
    Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
    No. 18A, Persiaran Barat,
    46000 Petaling Jaya, Selangor

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)- 1 salinan
  2. Keputusan UPKK (sekiranya ada)- 1 salinan
  3. Sijil PAJSK– 1 salinan
  4. Kad Pengenalan Pemohon , ibu, bapa/penjaga- 1 salinan
  5. Sijil Lahir Pemohon,Ibu atau bapa– 1 salinan (Bagi pemohon/ibu/ bapa
    yang tidak lahir di Selangor, sila isi Borang Pengesahan Pemastautin)
  6. Slip Gaji Ibu,Bapa/Penjaga- 1 salinan (Bagi ibu,bapa/penjaga yang
    tidak mempunyai slip gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan).

Semua dokumen di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan
Profesional/PengerusiJKKK/Penyelia Pembangunan Mukim/Penghulu/Ketua Kampung
dan yang setaraf dengannya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai RKPYS, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03-7669 1218/1158/1177/1150/1141.

Advertisement


Leave a Comment