Semakan Keputusan UPU Online 2021/2022

Kemaskini!! Untuk makluman semua lepasan SPM Setaraf dan STPM Setaraf yang telah membuat permohonan UPU 2021/2022, berikut merupakan maklumat mengenai semakan panggilan ujian, panggilan temuduga, dan keputusan permohonan UPUOnline untuk lepasan STPM/Setaraf bagi sesi akademik 2021/2022.

Keputusan UPU bagi permohonan lepasan SPM Setaraf dan STPM Setaraf yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.

Semakan Keputusan UPU Online 2021

Semakan Hebahan Keputusan UPUONLINE Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022

Tempoh Setuju Terima Tawaran : Mulai 17 Julai 2021 hingga 26 Julai 2021

Hebahan dibuka : 16 Julai 2021 Muali 12 Tengahari Hingga 25 julai 2021 Jam 5.00 Petang

Cara Semakan Keputusan UPU Online 2021

Semakan secara online boleh dibuat melalui saluran semakan yang disenaraikan di bawah :-

Cara Semakan UPU Menggunakan Aplikasi

Semakan keputusan permohonan UPU boleh dibuat menggunakan aplikasi mobile UPUPocket. Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

Aplikasi ini boleh juga digunakan untuk menyemak kelayakan kemasukan, ePanduan, status permohonan UPU, keputusan permohonan dan rayuan dan juga rujukan tarikh-tarikh Penting UPU.

Info Tambahan : Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan ke UA/IPTA Lepasan SPM

Permohonan Rayuan UPU

Permohonan E-Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran sahaja iaitu pemohon yang telah mengemukakan permohonan awal sebelum tarikh tutup permohonan UPU online. e-Rayuan UPUOnline akan dibuka selama 10 hari sahaja bermula dari hari keputusan diumumkan.

  • Tarikh Buka Rayuan UPU : Akan dikemaskini
  • Tarikh Tutup Rayuan UPU : Akan dikemaskini
  • Tarikh Keputusan Rayuan UPU : Akan dikemaskini

Baca Juga : Senarai Biasiswa Lepasan SPM DiBuka Untuk Permohonan


Leave a Reply