Permohonan dan Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Tahun 2023/2024
Kemaskini! Syarat dan Cara mohon Tingkatan 6 Tahun 2022/2023 Lepasan SPM

Untuk makluman, Tingkatan 6 di Malaysia telah mula beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan kira-kira lebih daripada 50 tahun dahulu.
Pada masa tersebut, bilangan kelas Tingkatan 6 yang di tawarkan ialah minimum 2 kelas dan maksimum 22 kelas dengan 2 bidang yang ditawarkan iaitu bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Bidang Sains.
Namun mulai tahun 2008, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah penambahbaikan dari segi pengurusan dan fungsi Tingkatan 6 serta kebajikan murid diberi tumpuan untuk mendaikan proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 lebih menarik serta menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif.
Tempoh Pengajian & Bilangan Semester
Bagi murid yang meyambung pengajian di Tingkatan 6, tempoh pengajian yang akan dilalui adalah adalah selama 1 ½ tahun.
Dalam tempoh ini, murid-murid akan menempuh 3 semester iaitu:
- Semester 1 yang berlangsung selama 26 minggu merangkumi :
– Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
– Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
– Peperiksaan Semester 1 (S1) - Semester 2 yang berlangsung selama 20 minggu merangkumi:
– Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
– Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
– Peperiksaan Semester 2 (S2) - Semester 3 yang merangkumi 26 minggu akan melibatkan pembelajaran seperti:
– Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
– Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
– Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)
Subjek Pembelajaran
Bagi pelajar Tingkatan 6, sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM.
Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid.
Mulai tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.
- Pengajian Am
- Bahasa Melayu
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab
- Literature in English
- Kesusasteraan Melayu Komunikatif
- Syariah
- Usuluddin
- Sejarah
- Geografi
- Ekonomi
- Pengajian Perniagaan
- Perakaunan
- Mathematics (M)
- Mathematics (T)
- Information and Communications Technology (ICT)
- Physics
- Chemistry
- Biology
- Sains Sukan
- Seni Visual
- Tahfiz Al-Quran
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan bagi Tingkatan 6 adalah terdiri daripada syarat am dan syarat khas.
Syarat am yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Murid lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Murid berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
Syarat khas pula yang perlu dipenuhi murid adalah seperti berikut:
- Bidang STEM: Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Bidang Sains Sosial
-Sekolah Menengah Harian: Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
– Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK): Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
– Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
Bagi murid bekeperluan khas, syarat khas yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Bidang STEM: Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Bidang Sains Sosial
– Sekolah Menengah Harian- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
– Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK): Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
– Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Tingkatan 6, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/tingkatan-6.
Makluman kpd semua Pelajar lepasan SPM 2021 bagi Kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2022.
Semakan keputusan tawaran secara dalam talian melalui boleh dibuat melalui portal dan pautan berikut :-
= > https://sst6.moe.gov.my
#Pelajar perlu buat pengesahan dan cetak surat tawaran dan bawa surat tersebut semasa melapor diri.
#Tarikh lapor diri akan dimaklumkan kemudian ( Ikut situasi semasa)
#Pelajar yang tidak ditawarkan ke Tingkatan 6, boleh memuat turun Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 (Borang T6BRU) melalui portal => https://sst6.moe.gov.my/
#Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yg dipohon
#Semakan keputusan boleh dibuat pada Julai secara dalam talian melalui portal yang dinyatakan di atas
#Murid yang ditawarkan Tingkatan 6 tetapi hendak menukar jurusan/bidang boleh muat turun @ isi Borang T6BRTJ melalui portal https://sst6.moe.gov.my/
#Borang yg lengkap diisi perlu dihantar ke PPD yang dipohon (manual) selewat-lewatnya pada Julai.
#Keputusan permohonan akan dimaklumkan mulai Julai melalui Pusat Tingkatan 6 masing-masing @ melalui portal di atas
#Murid yg ditawarkan ke Tingkatan 6 perlu melapor diri di sekolah yg ditempatkan terlebih dahulu sebelum bertukar ke sekolah lain.
Sebarang perubahan tarikh @ makluman akn dimaklumkan kemudian..Terima kasih
@Sumber Group Telegram Lepasan SPM
- Cara Mohon Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM Ambilan 2022
- Cara Mohon Online Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM)
- Cara Mohon 25 Bantuan Pendidikan Tinggi Untuk Pelajar dari Pelbagai Agensi Kerajaan
