Advertisement

Permohonan Baucar Digital FLYsiswa 2024


Kemaskini! Permohonan dan Cara Tebus Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Untuk Pelajar Universiti Awam. syarat Kelayakan dan semakan Kelulusan Permohonan.

Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar Universiti Awam (UA) iaitu FLYsiswa bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

FLYsiswa: INISIATIF BANTUAN SUBSIDI PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN UNTUK PELAJAR UNIVERSITI AWAM, POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SERTA KOLEJ MATRIKULASI DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI LALUAN DOMESTIK ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2024

Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa inisiatif ini akan disambung semula bermula pada 2 Mei 2024.

Inisiatif ini dilaksanakan susulan Kementerian Pengangkutan telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat-syarikat penerbangan bagi memperincikan pelaksanaan inisiatif ini.

Pelaksanaan inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan implikasi kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

Pelaksanaan inisiatif bantuan bantuan tiket penerbangan pelajar UA bagi laluan
domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan ini dapat mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian.

Pelaksanaan Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar

Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak.

Baucar tersebut akan ditebus untuk pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tatacara Semakan Kelayakan

Untuk semakan kelayakan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://subsidiudara.mot.gov.my/.
  2. Masukkan no MyKad dan nama universiti.
  3. Klik butang “Semak.”
  4. Status semakan sama ada:
    – Tidak layak: Pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada KPT melalui universiti masing-masing.
    – Layak: Mohon baucar digital melalui laman web syarikat penerbangan yang dipilih.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai FLYsiswa, sila layari laman web https://www.mot.gov.my/my

Advertisement


Leave a Comment