Advertisement

Permohonan Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 1 Tahun 2023/2024


HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK PROGRAM SEPENUH MASA SESI 1 TAHUN 2023 / 2024

Pengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Planpada tahun 1969.

Kelebihan Belajar Di Politeknik

  • Institusi milik penuh Kerajaan
  • Program pengajian yang diiktiraf
  • Lokasi di seluruh negara
  • Yuran yang berpatutan
  • Peluang pekerjaan yang cerah
  • Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi

Senarai Politeknik di Malaysia

Terdapat 36 Politeknik di Malaysia mengikut kategori berikut :

  • 3 Politeknik Premier
  • 28 Politeknik Konvensional
  • 5 Politeknik METro

Senarai lokasi politeknik dan program yang ditawarkan di setiap politeknik tersebut boleh dirujuk di SINI.

Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi I Tahun 2023/2024

Permohonan kemasukan ke program Sijil dan Diploma untuk Sesi I 2023/2024 kini dibuka.

Permohonan kemasukan ke Politeknik/ Politeknik Premier adalah melalui Aplikasi Dalam Talian http://ambilan.mypolycc.edu.my/ dan permohonan dibuka secara berkala setiap tahun (tertakluk kepada pindaan)

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan Diploma Politeknik, Diploma Kolej Komuniti dan Sijil Kolej Komuniti dibuka mulai 28 Mac 2023 (12.00 tgh. hari) sehingga 12 Jun 2023 (5.00 petang). 2022

Cara Permohonan Politeknik 2023 / 2024

Klik pautan yang berkenaan di bawah untuk memohon.

Maklumat Lanjut Permohonan Politeknik

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Politeknik atau Kolej Komuniti, sila layari:

http://ambilan.mypolycc.edu.my/

Baca Juga : Senarai Bantuan Pelajar IPT Terkini

Advertisement


Leave a Comment