Permohonan GsPEL GIATMARA – Pengambilan Pelatih Baru 2022 Online


GIATMARA telah membuka peluang kepada para individu berumur  15 tahun dan keatas untuk menyertai program latihan kemahiran yang mereka sediakan. Program Latihan kemahiran tersebut adalah salah satu usaha untuk membantu memberikan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran sedia ada setiap individu.

Setiap program Latihan kemahiran yang disediakan adalah berkualiti dan di iktiraf sijil tersebut. Pengambilan Oktober 2021 kini sudah dibuka.

Apa Itu GIATMARA?

Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan Latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Cara Permohonan GSPEL GIATMARA

Para belia boleh membuat pendaftaran  melalui du acara:

  1. Pendaftaran Online

Untuk pendaftaran anda boleh layari laman web : www.giatmara.edu.my atau terus isi borang online Disini

  1. Pendaftaran Manual

Sila muat turun borang permohonan secara manual dalam link di bawah ini jika mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian.

http://giatmara.edu.my/wp-content/uploads/2016/11/BORANG-PERMOHONAN-SEPENUH-MASA-GIATMARA.pdf

Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.

Atau sila ke GIATMARA yang berhampiran, bagi proses pendaftaran secara manual.

Syarat Permohonan Ke GIATMARA

Berikut adalah syarat-syarat permohonan:

  1. Bumiputera
  2. Sihat Tubuh Badan
  3. Boleh membaca, menulis, minat
  4. Berumur minimum 15 tahun dan ke atas
  5. Berminat dengan bidang yang dipohon
  6. Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki Peperiksaan Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Elektrik.

Kelebihan Di GIATMARA

  • Kemudahan Latihan
  • Elaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa)
  • Sijil Profesional yang diiktiraf industry
  • Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI)
  • Pembangunan Usahawan(Rintis Niaga

Senarai Kursus & Sijil Di GIATMARA

Senarai kursus yang ditawarkan bagi permohonan GSPEL GIATMARA adalah seperti berikut:

  1. Kursus Kluster Komputer dan Networking
  2. Kluster Elektrikal (KEL)
  3. Kursus Kluster Fabrik
  4. Kluster Elektronik Mekatronik
  5. Kursus Kluster Kulinari
  6. Kluster Hospitaliti
  7. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  8. Kursus Kluster Mekanikal
  9. Kluster Pembuatan
  10. Kluster Senibina
  11. Kursus Kluster Pengangkutan
  12. Kursus Kluster Creative Media

Senarai Pensijilan DI GIAT MARA

Berikut adalah pensijilan yang ditawarkan DI GSPEL GIATMARA:

  • Sijil Profesional GIATMARA
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil Modular GIATMARA
  • Sijil Teknologi GIATMARA
  • Sijil Kehadiran GIATMARA
  • Sijil Kemahiran Warisan GIATMARA
  • Sijil Perantisan GIATMARA
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 &
  • Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
  • Sijil Kemahiran Malaysia
  • Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
  • Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
  • Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang pendaftaran dan permohonan GIATMARA 2022, sila hubungi Pusat GIATMARA terdekat atau terus ke ibu pejabat GIATMARA di

WISMA GIATMARA

No 39, Jalan Medan Tuanku,50300 Kuala Lumpur.MalaysiaTel: 03-2691 2690Fax: 03-2691 2820Emel: [email protected]

Advertisement


Leave a Comment