Advertisement

Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA 2023


Pinjaman Pendahuluan Pelajaran MARA telah diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan sederhana rendah bagi membiayai perbelanjaan persediaan mereka untuk kemasukan ke IPMA.

Oleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan dengan segara secara atas talian.

Objektif Pelaksanaan

Objektif pelaksanaan pinjaman pendahuluan ini diwujudkan adalah untuk:

  • Membantu pelajar-pelajar Bumiputera daripada keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan; atau
  • Mengikut garis panduan jadual pemarkahan kelayakan (yang ditetapkan oleh MARA) bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki IMPA.

Institusi Pendidikan

Pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan berikut layak memohon:

  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Syarat Kelayakan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA 2023

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi memohon pinjaman pendahuluan ini adalah seperti berikut:

  1. Mendapat Tawaran Melanjutkan Pengajian di Institusi Pendidikan MARA (GMI/UNIKL/KPTM/KUPTM) sahaja.
  2. Pelajar dan Ibu/Bapa adalah warganegara dan bertaraf Bumiputera.
  3. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.
  4. Bebas daripada senarai hiitam MARA.

Cara Memohon Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA 2023

Pemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web http://online06.mara.gov.my/ependahuluan/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Baru.’
  3. Masukkan nama, no kad pengenalan, dan nama institusi diikuti dengan butang ‘Seterusnya.’
  4. Ikuti arahan dan lengkap permohonan sehingga selesai.

Semakan Status

Semakan status permohonan boleh dibuat menerusi kaedah ini:

  1. Layari laman web http://online06.mara.gov.my/ependahuluan/ver21/index.php?method=ShowLogin.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik butang ‘Masuk.’
  4. Status permohonan dipaparkan.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA 2023, sila hubungi talian 03 2613 2000/2042/2110/2038.

Advertisement


Leave a Comment