Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 | Tarikh dan Jumlah Bayaran


Kemaskini! Bajet 2022 | Cara Mohon BKM 2022, Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Isi Rumah, Ibu Tunggal, Bapa Tunggal, Warga Emas dan Golongan Bujang dan B40 | Cara Daftar dan Semakan Status Bayaran BKM 2022 | Tarikh dan Jadual Bayaran BKM 2022

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan melalui Bajet 2022 sebentar tadi dan bantuan tunai ini ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.

Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:

KATEGORI 1

  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
  • Lebih 3 anak
  • Bantuan RM2000

KATEGORI 2

  • Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
  • 1-2 anak : Bantuan RM1500
  • Tiada anak: RM1,000

KATEGORI 3

  • Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
  • Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
  • Bantuan RM500

KATEGORI 4

  • Bantuan RM300 untuk warga emas
  • Bujang RM350 bagi Pendapatan kurang RM2500

Info Lanjut Permohonan dan Semakan akan di maklumkan dari masa ke semasa.

Matlamat Bajet 2022

Antara bantuan yang menjadi perhatian dalam Bajet 2022 termasuklah perumahan mampu milik, elaun persekolahan serta rebat internet dan bil utiliti.

Kerajaan akan fokus pada 3M iaitu memulih kehidupan (recovery), membina semula daya tahan (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform).

  • Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
  • Membina Semula Daya Ketahanan Negara
  • Memangkin Pembaharuan

Kerajaan juga dijangka memperuntukkan jumlah yang lebih tinggi untuk Bajet 2022 berbanding tahun 2021.

Bagi rakyat yang terjejas, jangan risau kerana kerajaan akan terus komited memberikan bantuan khusus serta berusaha memulihkan ekonomi negara.

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

2. Kelayakan Pendapatan Penerima JKM Dinaikkan

3. Bantuan Awal Persekolahan

4. Diskaun PTPTN

5. Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar

6. Bonus Penjawat Awam

Lain-lain Inisiatif & Bantuan

  • Pengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40
  • Kerajaan sediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman KWSP dan Perkeso
  • Untuk meningkatkan wang dalam tangan bagi rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% ke 9% sehingga Jun 2022.
  • Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah.
  • RM11 juta Subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.
  • RM30 Juta turut diperuntukkan untuk memperluaskan i-Saraan dalam menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk persaraan, memanfaatkan 100,000 peserta.
  • RM300 juta bagi Program e-Start – Kredit RM150 one-off kedalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa di IPT
  • Subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi keluarga B40
  • Syarikat berdaya maju tersenarai di Bursa Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 akan mendapat suntikan dana tambahan melalui sebuah SPV milik kerajaan dalam bentuk instrumen ekuiti atau instrumen lain yang berkaitan
  • Peruntukan khusus RM30 juta naik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKU
  • Kerajaan setuju tanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan motor kepada semua kenderaan persendrian dimiliki OKU
  • Pihak swasta diseru beri elaun sekurang-kurangnya RM900 atas khidmat pelajar jalani program latihan industri

Maklumat Lanjut Intipati Belanjawan Bajet 2022

Untuk maklumat terkini tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022, sila rujuk:

Untuk Semakan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) 2021 Klik Sini

Advertisement


Leave a Comment