Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6

Untuk makluman, Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semseter 1 ini diwujudkan bagi membantu pelajar yang akan menyambung pelajaran ke Tingkatan 6.

Oleh sebab itu, pelajar Tingkatan 6 Semester 1 yang ingin membuat permohonan perlu membuat permohonan sebelum 15 Oktober 2021.

Syarat Umum

Pemohon yang ingin memohon Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  2. Mendapat surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2021 dari Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM)
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.
  4. Kelulusan tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus iaitu:

  1. Tidak mendapat bantuan/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/swasta/yayasan dan lain-lain.
  2. Mendapat sokongan daripada pengetua di sekolah.
  3. Bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam negeri-negeri.
  4. Pelajar yang bersekolah di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mesti tinggal di asrama kecuali sekolah yang bersempadan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan am persekolahan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/68-bantuan-am-persekolahan?download=1223:bantuan-am-persekolahan-tingkatan-6.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat email [email protected] atau secara pos ke alamat berikut:

    Unit Pembangunan Akademik (Bantuan Sekolah)
    Aras 22, Bangunan Perkim,
    No. 150, Jalan Sultan Azlan Shah,
    51200 Kuala Lumpur.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon.
  2. Satu salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.
  3. Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran anak-anak yang masih dalam tanggungan (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja).
  4. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/yang terkini bagi ibu dan bapa (yang bekerja kerajaan/swasta/badan berkanun/syarikat) (jika berkenaan).
  5. Satu salinan surat akuan sumpah perdapatan terkini ibu dan bapa atau penjaga (yang bekerja sendiri/tidak bekerja/suri rumah) (jika berkenaan).
  6. Satu salinan surat perakuan pengambilan anak angkat daripada JKM/surat akuan sumpah penjagaan jika pelajar yang memohon bukan anak kandung (jika berkenaan).
  7. Satu salinan surat perakuan nikah/surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi ibu dan bapa atau penjaga yang berumur 60 tahun ke atas (jika berkenaan).
  8. Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini (jika berkenaan).
  9. Satu salinan sijil kematian ibu/bapa (jika berkenaan).
  10. Satu salinan kad memeluk Islam (jika berkenaan).
  11. Satu salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) ibu dan bapa atau penjaga serta tanggungan (jika berkenaan).
  12. Surat pengesahan sakit kronik ibu dan bapa atau penjaga serta tanggungan daripada hospital kerajaan sahaja (jika berkenaan).
  13. Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar bagi ibu dan bapa atau penjaga serta tanggungan yang sedang belajar di IPT/Tingkatan 6 bawah (jika berkenaan).
  14. Satu salinan cukai pintu/bil utiliti (tempat tinggal terkini).
  15. Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad/akaun bersama bagi pelajar sekolah rendah/buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah (jika berkenaan).

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 ini, sila hubungi pihak MAIWP di talian:

  • Kuala Lumpur: 019-200 8458
  • Putrajaya: 011-5949 6216

Leave a Reply