Permohonan Kemasukan Darul Kifayah MAIWP
Kompleks Darul Kifayah di bawah naungan MAIWP merupakan pusat penempatan sementara yang menyediakan kemudahan pendidikan dan asrama kepada anak-anak yatim piatu/yatim, anak-anak keluarga miskin/anak-anak saudara baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Institusi ini telah ditubuhkan pada tahun 1983 yang kini beroperasi di premis MAIWP di Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur.
Permohonan kemasukan boleh dibuat sekarang sehingga 14 Ogos 2023.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon sebelum memohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Beragama Islam.
- Yatim, yatim piatu, asnaf fakir, miskin, dan muallaf.
- Berumur di antara 11 hingga 17 tahun.
- Sihat tubuh badan dan fizikal.
- Mampu membaca Al-Quran dengan baik.
- Masih bersekolah dan mempunyai latar belakang akademik yang baik.
- Mempunyai tingkahlaku dan akhlak yang baik.
- Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
- Tidak mempunyai rekod jenayah atau salah laku akhlak.
- Tidak mempunyai kecacatan mental.
Tatacara Permohonan Kemasukan Darul Kifayah MAIWP
Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat permohonan, permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Klik pautan berikut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/borang-permohonan-ke-darul-kifayah-kuala-lumpur?
- Klik butang “Download.”
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Kompleks Darul Kifayah,
Lot 28188, Jalan 36/10,
Taman Koperasi Polis Fasa 2,
68100 Batu Caves,
Kuala Lumpur.
Dokumen Yang Diperlukan
Semua dokumen yang diperlukan ini perlu dihantar bersama borang permohonan:
- Satu salinan sijil kelahiran/kad pengenalan pemohondan ibu/bapa/penjaga.
- Satu salinan sijil kematian ibu/bapa atau sijil perceraian atau pengislaman.
- Satu salinan keputusan peperiksaan terkini pertengahan tahun.
- Satu salinan sijil peperiksaan UPSR/UPSRA/UPKK/PMR.
- Satu salinan slip gaji ibu/bapa/penjaga.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Darul Kifayah, sila hantar emel ke pro@maiwp.gov.my.
Advertisement