Permohonan Program Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak
Cara Permohonan Program Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak Terkini 2023, Syarat dan Kelayakan. Semakan Status Kelulusan.
Program pinjaman ini merupakan pinjaman tanpa faedah yang diberikan kepada usahawan dalam Negeri Perak yang berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan.
Program ini disasarkan kepada usahawan IKS dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan dan ia adalah pinjaman jangka pendek.
Bagi usahawan yang berminat, permohonan boleh dibuat segera secara atas talian.
Objektif Program Pinjaman Tabung Usahawan
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
- Membangunkan masyarakat melalui Program Pinjaman Tabung Usahawan untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.
- Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.
- Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.
Jumlah & Tempoh Pinjaman
Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah dari RM5,000.00 sehingga RM20,000.00 (bergantung kepada kemampuan).
Tempoh pinjaman pula adalah sehingga 5 tahun (bergantung kepada jumlah pinjaman).
Jenis Perniagaan Tidak Layak Memohon
Jenis perniagaan yang tidak layak untuk memohon adalah seperti berikut:
- Urusniaga melalui ternakan, pertanian dan perikanan (usahawan baru) (bergantung kepada keputusan panel).
- Urusniaga yang melibatkan pelaburan/Piramid/Skim Cepat Kaya/Perjudian.
- Perniagaan barangan lusuh/kitar semula (mengikut pasaran semasa).
- Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi – Perniagaan bermusim.
- Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah) dan yang seumpamanya.
- Kontraktor Pembangunan.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk pinjaman ini adalah seperti berikut:
- Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
- Pemohon dan pasangan merupakan Warganegara Malaysia.
- Pemohon bukanlah kakitangan kerajaan/badan berkanun/syarikat GLC/Berhad.
- Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
- Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
- Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang – undang.
- Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
- Rekod daftar perniagaan SSM perlu 6 bulan ke atas.
Tatacara Permohonan
Permohonan untuk pinjaman ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://bantuanyayasanperak.com/login.
- Klik “Daftar Sekarang.”
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar.”
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan permohonan dan ini maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Borang/Surat Permohonan (wajib).
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) yang disahkan.
- Salinan Surat Perjanjian/Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang disahkan.
- Salinan Daftar Niaga (SSM)/Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.
- Pelan lokasi perniagaan yang disahkan.
- Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.
- Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan – 3 keping/Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang disahkan.
- Senarai sebutharga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.
- Pengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung/Penghulu.
- Salinan kad suntikan (bagi perniaagaan makanan) yang disahkan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Program Pinjaman Tabung Usahawan, sila layari laman web https://yayasanperak.gov.my/v6/pinjaman-tabung-usahawan/.
Advertisement