Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK
Pelajar anak Kelantan yang menyambung pengajian di luar negara kini boleh memohon Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
DSIP atau dahulunya dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara merupakan bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian di beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) luar negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutamanya bidang Pengajian Islam.
Oleh itu, pelajar anak Kelantan yang berminat boleh membuat permohonan pada tahun 1 Januari 2023.
Syarat Umum
Syarat umum yang mesti dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Kelantan.
- Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
- Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM8,000 ke bawah sahaja sebulan.
Syarat Khusus
Pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:
i) Pemohon Tahun Pertama
- Pemohon layak memohon berdasarkan surat tawaran yang telah disahkan.
ii) Pemohon Tahun Kedua
- Pengajian di Mesir: Makbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun akhir.
- Pengajian di lain-lain negara: Minima PNGK 3.0 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya.
iii) Syarat Tambahan
- Maksimum bantuan 5 kali sahaja bagi pelajar yang menuntut di Mesir.
- Bagi peringkat kemahiran Bahasa Arab lughah, maksimum sekali sahaja sepanjang pengajian.
Cara Memohon
Permohonan dermasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari portal permohonan iaitu http://eagihan.e-maik.my/.
- Pilih jenis bantuan dan masukkan no kad pengenalan.
- Klik butang ‘Semak Kelayakan.’
- Masukkan jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang ‘Semak.’
- Lengkapkan permohonan dan hantar.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai DSIP MAIK, sila hubungi Unit Pendidikan MAIK di talian 09-7421519 atau email ke info_pendidikan@e-maik.my.
Advertisement