Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 dan 3 [Semakan Status Kelulusan]
Kemaskini! Permohonan Rayuan BPR 2021 [Fasa 3] Di Buka | Semakan Rayuan BPR 2021 | Semakan BPR 2021 Lulus atau Tidak | Check Status Rayuan BPR Fasa 2 #Rayuan BPR Fasa 3
CARA MOHON DAN BUAT RAYUAN BPR FASA 2 YANG BERSTATUS TIDAK LULUS
KUALA LUMPUR: Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang tidak diluluskan akan dibuka , kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tengku Zafrul berkata, pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).”Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, kerajaan ketika mengumumkan Program PEMERKASA Tambahan berkata sebanyak RM2.1 bilion BPR Tambahan diperuntukkan untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada. Justeru, pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata permohonan rayuan boleh dibuat menerusi beberapa kaedah iaitu secara dalam talian melalui portal rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my.
Selain itu rayuan juga boleh dilakukan dengan penghantaran borang rayuan BPR 2021 secara manual di cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau di Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu sahaja (tertakluk kepada prosedur operasi standard semasa kaunter perkhidmatan kerajaan).
“Setelah pangkalan data BPR dikemas kini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3).
“Pemohon rayuan BPR boleh merujuk Soalan Lazim yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my) bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini, RM4.6 bilion bantuan BPR telah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima B40 seluruh negara pada Februari, Mac dan Mei tahun ini.Bayaran Fasa 3 sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada September 2021. – BERNAMA
Dalam FAQ tersebut juga dinyatakan bahawa kelayakan tidak semua penerima Fasa Pertama BPR akan menerima baki bayaran Fasa seterusnya BPR 2021 kerana pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.
Kod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2
Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti berikut:
- 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
- 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
- 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
- 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
- 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
Tarikh dan Cara Permohonan Rayuan BPR Fasa 2
Untuk makluman, anda boleh membuat rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka dalam waktu terdekat.
Permohonan Rayuan BPR 2021 dengan mengikuti langkah berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
- Klik pada ikon ‘Rayuan’ (Mulai 15 Jun 2021)
- Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
- Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
- Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.
Kategori Permohonan / Rayuan BPR Fasa 2
Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut :
Isi Rumah
- Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
- Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
- Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas
Bujang
- Merupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak
- Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
- Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun
Syarat Kelayakan BPR
Kategori Isi Rumah BPR
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
- Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah)
- Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS
- Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah
- Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid)
- Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta
Kategori Bujang BPR
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
- Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan)
- Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU
Baca Juga : Cara Daftar, Semak dan Tebus Subsidi Program Jaringan Prihatin
Advertisement
3 Pingbacks
Cara Semak Kelulusan dan Kemaskini BPR 2021 Online – Fasa 2 | Semakan Online 2021
Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2021) | Kumpulan B40 dan M40 – Cara Mohon dan Semak Status | Bantuan Sara Hidup (BSH) 2021 | BPR 2021 | Semakan Online 2021
Cara Mohon dan Semak Moratorium Automatik PKP 3.0 | B40, M40, T20 dan PKS | iNFOSEMASA 2021