Permohonan Bantuan Komputer Riba Mahasiswa MAIWP
Bantuan Komputer Riba kepada mahasiswa ini merupakan bantuan yang disalurkan oleh MAIWP khusus bagi membantu mahasiswa untuk mempunyai komputer riba.
Tujuannya adalah bagi membantu mahasiswa mempunyai komputer riba bagi tujuan pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi.
![](https://permohonan.online/wp-content/uploads/2025/01/Bantuan-Komputer-MAIWP.jpg)
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah pada 15 Januari 2025.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (sekurang-kurangnya setahun)
- Melanjutkan pengajian pada peringkat Asasi, Matrikulasi, Diploma dan Ijazah
- Pengajian sepenuh masa sahaja
- Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di Dalam Negara atau Luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
- Bidang atau kursus yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta tidak bertentangan dengan Hukum Syarak
- Pelajar Yang Sedang Mengikuti Pengajian pada TAHUN PERTAMA SAHAJA dengan mengemukakan Surat Pengesahan pengajian dari pihak universiti.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat mulai 16 Disember 2024 (Isnin) dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web www.maiwp.gov.my atau boleh mendapatkan terus di pejabat yang beralamat seperti berikut :
- Kaunter Agihan Zakat, Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No. 55, Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur
- Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA)
- MAIWP Cawangan WP Putrajaya
- MAIWP Cawangan WP Labuan.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA) di Wilayah Persekutuan.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan dalam permohonan adalah seperti berikut:
- Satu keping gambar berwarna berukuran passport bagi pemohonan baru sahaja (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan pemohon, suami, isteri dan tanggungan/surat pengangkatan JPN/akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
(tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). - Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini
suami dan isteri/surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja) (Tempoh sah laku: 3 bulan) - Satu salinan surat perakuan nikah/surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.* (Perkahwinan hendaklah didaftarkan di Malaysia sahaja)
- Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini / pengesahan
masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.* - Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.*
- Satu salinan kad memeluk Islam.*
- Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/tanggungan.*
- Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
- Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar bagi tanggungan
lain yang sedang belajar di IPT.* - Satu salinan cukai pintu/bil utiliti yang terkini. (Tempoh sah laku : 3 bulan)
- Satu salinan surat tawaran kemasukan pelajar ke IPT (IPT Dalam Negara)/Surat pengesahan dari mana-mana agensi berautoriti yang boleh mengesahkan status
pendaftaran di Luar Negara (IPT Luar Negara) - Satu surat pengesahan pengajian IPT (asal/original) dan perlu nyatakan tempoh
mula dan jangkaan tamat pengajian dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar/Jabatan Penuntut
Malaysia/ Fakulti Pengajian. (Tempoh sah laku : 4 bulan) - Satu salinan surat pengiktirafan pengajian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)/Jabatan Perkhidmatan Awam /Lembaga Akreditasi Negara/Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) dari Jabatan Akademik Pelajar (bagi semua IPTS dan IPTA yang mengiktiraf
kursus profesional dan eksekutif sahaja).*
*jika berkenaan
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Bantuan Komputer Riba MAIWP 2025, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.
SEMOGA BERJAYA!!
Advertisement![](https://www.biasiswamalaysia.com/telegram.jpg)