Permohonan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Tahun 2023/2024 – Semakan dan Rayuan
Kemaskini! Syarat dan Cara Mohon Tingkatan 6 Tahun 2023/2024 Lepasan SPM
Untuk makluman, Tingkatan 6 di Malaysia telah mula beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan kira-kira lebih daripada 50 tahun dahulu.
Pada masa tersebut, bilangan kelas Tingkatan 6 yang di tawarkan ialah minimum 2 kelas dan maksimum 22 kelas dengan 2 bidang yang ditawarkan iaitu bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Bidang Sains.
Namun mulai tahun 2008, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah penambahbaikan dari segi pengurusan dan fungsi Tingkatan 6 serta kebajikan murid diberi tumpuan untuk mendaikan proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 lebih menarik serta menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif.
Setiap tahun, Kementerian Pendidikan (KPM) akan memaklumkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 untuk membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023.
Semakan boleh dibuat melalui aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam secara atas talian atau menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 sesi 2023/2024 bagi pelajar lepasan SPM 2022.
Tempoh Pengajian & Bilangan Semester
Bagi murid yang meyambung pengajian di Tingkatan 6, tempoh pengajian yang akan dilalui adalah adalah selama 1 ½ tahun.
Dalam tempoh ini, murid-murid akan menempuh 3 semester iaitu:
- Semester 1 yang berlangsung selama 26 minggu merangkumi :
– Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
– Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
– Peperiksaan Semester 1 (S1) - Semester 2 yang berlangsung selama 20 minggu merangkumi:
– Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
– Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
– Peperiksaan Semester 2 (S2) - Semester 3 yang merangkumi 26 minggu akan melibatkan pembelajaran seperti:
– Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
– Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
– Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)
Subjek Pembelajaran
Bagi pelajar Tingkatan 6, sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM.
Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid.
Mulai tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.
- Pengajian Am
- Bahasa Melayu
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab
- Literature in English
- Kesusasteraan Melayu Komunikatif
- Syariah
- Usuluddin
- Sejarah
- Geografi
- Ekonomi
- Pengajian Perniagaan
- Perakaunan
- Mathematics (M)
- Mathematics (T)
- Information and Communications Technology (ICT)
- Physics
- Chemistry
- Biology
- Sains Sukan
- Seni Visual
- Tahfiz Al-Quran
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan bagi Tingkatan 6 adalah terdiri daripada syarat am dan syarat khas.
Syarat am yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Murid lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Murid berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
Syarat khas pula yang perlu dipenuhi murid adalah seperti berikut:
- Bidang STEM: Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Bidang Sains Sosial
-Sekolah Menengah Harian: Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
– Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK): Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
– Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
Bagi murid bekeperluan khas, syarat khas yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Bidang STEM: Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Bidang Sains Sosial
– Sekolah Menengah Harian- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
– Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK): Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
– Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Tingkatan 6, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/tingkatan-6.
Cara Membuat Semakan Tawaran Tingkatan 6 Secara Online Melalui Laman Web KPM
- Layari portal Kementerian Pendidikan Malaysia di https://sst6.moe.gov.my/
- Isikan nombor kad pengenalan
- Klik butang semakan
- Keputusan anda akan dipaparkan
- Cetak keputusan untuk digunakan semasa melapor diri
Cara Membuat Semakan Tawaran Tingkatan 6 Melalui SMS
Untuk membuat semakan tawaran Tingkatan 6 melalui SMS, sila taipkan maklumat berikut:
- MOE<jarak>T6<jarak>ANGKA GILIRAN
SMSkan maklumat tersebut ke 15888
*Contoh penghantaran mesej : MOE T6 AAA11A123
Jika tak ingat nombor giliran, anda boleh taipkan nombor kad pengenalan seperti berikut:
- MOE<jarak>T6<jarak> NO KAD PENGENALAN
SMSkan maklumat tersebut ke 15888
*Contoh penghantaran mesej : MOE T6 771107237727
Maklumat Lapor Diri
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.
Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.
Cara Membuat Permohonan Rayuan Ke Tingkatan 6 Tahun 2023
Calon Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 boleh membuat rayuan secara dalam talian di portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (https://sst6.moe.gov.my/) pada tarikh yang akan diumumkan.
Calon boleh membuat rayuan melalui langkah ini:
- Cetak borang rayuan tawaran Tingkatan 6 yang berkenaan melalui pautan berikut: https://sst6.moe.gov.my/upload_file/S3_BORANG%20DAN%20PANDUAN%20MENGISI%20BORANG%20RAYUAN.pdf
- Semak senarai dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang yang telah diisi bersama dokumen yang telah disahkan.
- Semakan keputusan rayuan boleh dibuat menerusi portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (https://sst6.moe.gov.my/) bermula pada tarikh yang diumumkan.
RUJUK MANUAL PENUH : https://sst6.moe.gov.my/upload_file/S3_BORANG%20DAN%20PANDUAN%20MENGISI%20BORANG%20RAYUAN.pdf
Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6
Tarikh permohonan rayuan masih belum diumumkan bagi kemasukan tahun 2023.
Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 lazimnya akan akan dimaklumkan pada Ogos melalui portal https://sst6.moe.gov.my/.
Tarikh Lapor Diri
Tarikh rasmi lapor diri akan dimaklumkan oleh pihak KPM setelah permohonan dibuka.
Murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri sekitar bulan Julai di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.
Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah sekitar bulan Ogos.
Cara Membuat Pertukaran Bidang
Setelah membuat semakan tawaran Tingkatan 6 dan berjaya, murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2022 boleh melakukan langkah berikut:
- Calon yang layak dikehendaki untuk mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu.
- Kemudian, calon perlu melengkapkan Borang Permohonan
- Rayuan Tukar Bidang Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun daripada portal https://sst6.moe.gov.my/.
- Selepas lengkap diisi, semua borang mesti mendapat pengesahan pengetua sekolah yang asal.
- Alasan yang diberikan untuk bertukar bidang perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan.
- Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke JPN/PPD
- melalui sekolah masing-masing.
- Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut: Keputusan Peperiksaan SPM 2022; Inventori Minat Kerjaya; dan Dokumen yang berkaitan.
Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah
tertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam.
*Muat turun dan cetak Borang T6BRTJ.
Kelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat belajar.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh JPN kepada semua calon melalui Pusat Tingkatan Enam masing-masing.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di https://sst6.moe.gov.my/
Alamat BPSH & No Telefon :
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
- Cara Mohon Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM Ambilan 2023
- Cara Mohon Online Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM)
- Cara Mohon 25 Bantuan Pendidikan Tinggi Untuk Pelajar dari Pelbagai Agensi Kerajaan