Permohonan Bantuan PKP 3.0 | PEMERKASA+ [Tambahan]

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada jam 9 malam ini.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian stesen media elektronik negara.

Pada Jumaat, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19

Sidang khas itu yang dipengerusikan oleh Muhyiddin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

Berikut antara senarai bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+ yang diumumkan.

Antaranya:

  • Peruntukan RM450 juta tingkat kapasiti katil, peralatan ICU rawatan COVID-19
  • RM550 juta tampung pertambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
  • Lantikan kontrak lebih 14,000 jawatan Pegawai Perubatan
  • Percepat pemberian vaksin 80,000 dos sehari (sasaran 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun)
  • Aset kerajaan digerakkan permudah warga emas ke PPV
  • RM2.1 bilion untuk BPR tambahan sehingga RM500 (mengikut kategori) menjelang hujung Jun
  • Moratorium 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan

Untuk Info Lanjut Klik Sini : Cara Mohon Moratoriun Bank PKP 3.0

  • Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi
  • Program MARA Prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran
  • Lanjutan Program Subsidi Upah selama sebulan
  • Geran Khas Prihatin ditambah RM500 kepada RM1,500 pertengahan bulan Jun dan baki pada Julai

Baca juga : Cara Mohon dan Semakan Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0

  • Bantuan khas one-off RM500 kurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah
  • Bayaran lewat renew lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021
  • Lanjutan diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas
  • Lanjutan duti setem HOC sehingga 31 Disember 2021
  • Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021

Bantuan PEMERKASA+

Antara yang menarik perhatian bantuan PEMERKASA+ ialah BPR tambahan untuk isirumah dan Golongan Bujang seperti berikut:

  • Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
  • Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
  • Tambahan RM100 : Bujang

KLIK SINI UNTUK MOHON, SEMAK DAN KEMASKINI BPR ISI RUMAH DAN BUJANG SEGERA!!

Mulai 1 Jun 2021, anda yang layak boleh menebus kredit RM150 melalui program eBelia.

KLIK SINI UNTUK SEMAK,DAFTAR DAN MOHON SEGERA!!


Leave a Reply